1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..


Kadang-kadang ada orang tanya keluar-keluar ni untuk apa? Kalau tak keluar tak boleh ke? Sebenarnya keluar ni nak belajar dan nak belajar kena ada suasana belajar. Tu la sebabnya kenapa kita hantar budak-budak gi sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dsb. Belajar kat rumah aje tak boleh ke? Lu pikir la sendiri...

Kalau nak repair kereta, kena hantar bengkel. Repair baju gi tailor. Repair jantung, masuk IJN. Repair otak go to Hospital Bahagia...

Nak repair manusia? Kena repair hati.

Nak repair hati? Kena repair kat masjid...

Masjid pulak kena ada amalan yang betul iaitu amalan cara Nabi. Kurang-kurang mirip-mirip cara Nabi. Tak pun, ada niat dan usaha untuk dapat amalan macam masjid Nabi. Bukan amalan ikut kepala sendiri...



ade sekali tu aku keluar la nak dapat experience sket..bila sampai masjid orang dok sebut2 '5amal'..aku pun terpikir '5amal' tu ape mende..maklumlah noob la katakan..bila di check2....


Ulama kata di masjid Nabi zaman Madinah dulu hidup 24 jam dengan 4 amalan.
1.Dakwah,
2.belajar & mengajar ilmu agama,
3.ibadat (solat, quran, zikir & doa),
4.khidmat.

Natijahnya orang Islam zaman tu jadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Jemaah-jemaah dihantar keseluruh dunia untuk sebarkan agama dan jemaah-jemaah datang dari seluruh dunia untuk belajar agama. Jadi untuk kembalikan kegemilangan umat Islam dulu pada zaman sekarang, umat kena kembali hidupkan masjid2 jadi macam zaman Nabi.

Langkah awal untuk hidupkan 4 amal tu, jadi ulama suruh kita hidupkan 5 amal jemaah masjid. (di sini 5 amal tu dicatat dengan ringkas. Nak detail kena buat sendiri!)

1.mesyuarat hari2- hal ehwal agama di kampung kita. Apa kerja dah dibuat semalam dan apa lagi kerja kita kena buat supaya 100% orang di kampung kita taat Allah.

2.beri masa di masjid 8jam hari2, sekurang2nya 2½jam untuk buat apa yang dah dimesyuaratkan.

3.bacaan hadis(Muntakab Ahadith) atau kelebihan2 amalan(Fadhilat Amal) supaya kita cinta untuk bersolat, baca quran, zikir, bersedekah dsb. Bacaan dibuat dimasjid dan di rumah masing2, sekali sehari (10-30 minit). Hari ni umat Islam telah hilang cinta untuk ibadat sebaliknya cinta giler pada dunia.

4.ziarah dari rumah ke rumah seminggu sekali untuk bersilaturahim.

5.keluar ke surau lain selama 3 hari sebulan.

Sebab tu la kita tengok banyak jemaah2 dikeluarkan selama 4 bulan, 40 hari dan sebagainya untuk belajar sambil hidupkan 5 amal masjid di tempat2 yang didatangi di seluruh dunia. Bila balik dari 4 bulan atau 40 hari, yang paling penting nak hidupkan amalan tu di kampung sendiri.

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi' iyahti Fi Mawa'izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.

Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

 
 

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

"Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya." (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan." (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: "Sesiapa hadir solat Jumaat pada shaft(saf) pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

"Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur."

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

"Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah."

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: "Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu." (Muttafaq 'alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama." (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai 'penghulu' segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: "Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)."

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat."
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

~ source: unknown ~

 Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

 
 


MUHAMMAD HAFIZ

日頃はコカ・コーラ社製品をご愛飲頂きましてありがとうございます。
また、この度は「ジョージア」に関するお問い合わせを
お寄せ頂きまして誠にありがとうございます。
お問い合わせの件でございますが、基本的に弊社製品の乳化剤には、
動物性と植物性の両方を使用しております。
そのなかで、現在『ジョージア オリジナル』と
『ご褒美ブレイクとろけるカフェオレ』は植物性の乳化剤を
使用させて頂いております。
ただし、製品のリニューアルにより原材料が変更になる場合もございますので
何卒ご理解・ご了承賜りますようお願い申し上げます。

その他、製品に関するご不明点やご意見等がございましたら
お気軽にお客様相談室までお問い合わせ頂ければ幸いでございます。
これからも皆様にご満足頂ける製品をお届けできますよう
努力を続けてまいりますので、今後ともコカ・コーラ社製品を
ご愛顧のほど、よろしくお願い申し上げます。


 

Thank you for consumer of the Coca-Cola products.
Also, this time, to inquiries about "Georgia"
Thank you very much us.
The matter of our inquiry, the emulsifier is basically our products,
We are using both animal and vegetable.
Among them, the
『ジョージア オリジナル』 and 『ご褒美ブレイクとろけるカフェオレ』

emulsifier are using the vegetable emulsifier.
However, because raw materials are subject to change due to renewal of the product
We look forward and thank you for your acknowledge and understanding.
Other If you have any questions or feedback about our products
Office would appreciate you contact our customer service freely.
We can deliver products that satisfy you in the future,
I intend to continue efforts, Coca-Cola products in the future
Much of patronage, thank you.


PS:sbb malas nak translate sendiri..so guna Google Translator..sbb tu BI terabur..haha

Ahah..macam ader update…


 

Photobucket












ご褒美ブレイクとろけるカフェオレ


 

Photobucket
 

















ジョージア オリジナル


お問い合わせいただき誠に有り難うございます。

「白い恋人に使用されている原材料に動物性のもが含まれているか?」とのご質
問でございますが、原材料の中のショートニングに『牛脂』を使用しております。
何卒よろしくお願い申し上げます。

この度はメールを頂戴致しまして誠に有り難うございました。

石屋製菓株式会社
お客様サービス室 <service@ishiya.co.jp>
大 


 

Because of the shortening used in this cookies is from beef fat, it's probably haram.

Iklan Jawatan Kosong
TEMUDUGA JAWATAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR MAKHLUK ALLAH

KEHADIRAN:

SEMUA DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

Message:

Jawatan ini khas kepada sesiapa yang berminat menjadi calon jenazah!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

(A) Ahli Syurga Dari Awal
(b) Ahli Neraka Dari awal
(C) Ahli Neraka Sementara, Kemudian Dilantik Menjadi Ahli Syurga

GANJARAN KHAS (khas buat jawatan A sahaja):

1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Ketika Meniti Titian Sirat
4. Ganjaran Syurga

TARIKH TEMUDUGA JAWATAN:

Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini

LOKASI TEMUDUGA JAWATAN:

Alam Barzakh (alam kubur)

KELAYAKAN:

Sila bawa dokumen asal: Iman, amalan anda dan sedekah jariah

PENEMUDUGA:

Mungkar Dan Nakir

SOALAN YANG DITANYA KETIKA DITEMUDUGA:

1) Siapa Tuhan Anda???
2) Siapa Nabi Anda???
3) Apa Agama Anda???
4) Apa Kitab Anda???
5) Dimana Kiblat Anda???
6) Siapa Saudara Anda???

CARA MEMOHON:

anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang menjemput anda... Penjemput berkenaan cuma berlembut pada orang yang tertentu dan bengis pada orang yang tertentu.

Nama Penjemput:

Izrail

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat anda.

Semoga anda berjaya dalam temuduga jawatan ini.

TAZKIRAH: Tangan yg diatas lebih baik daripada tangan yg dibawah. Sempurnakanlah terlebih dahulu nafkah org yg menjadi tanggungjawabmu. Sebaik2 sedekah adalah yg dikeluarkan sesaorang setelah dipenuhi keperluan yg utama. Sesiapa yg betekad menjaga kesucian dirinya, maka Allah akan menjaga kesucian dirinya. SESIAPA YG MERASA CUKUP, MAKA ALLAH AKAN MEMBERINYA KECUKUPAN - Hadith Al Bukhari 1428